9.29.2013

Dodoi Ayah Dodoi

Tidur adik tidur,
Buat rakit, naik perahu.
Tidur adik tidur,
Kalau sakit, buat tak tahu.
Tidur adik tidur,
Ayah ulit atas bahu,
Tidur adik tidur,
Jangan ralit dengar lagu


Lagu Dodoi Ayah Dodoi dikarang pada 2011 di Bandar Seri Putra. Lagu ini saya karang untuk meredakan perasaan sakit anak pertama saya kerana demam yang sangat teruk. Setelah menyanyikan dodoian ini beberapa kali, beliau berhenti menangis dan tertidur. Jadi, saya nukilkan untuk tatapan semua, lagu Dodoi Ayah Dodoi untuk kegunaan semua.

TERIMA KASIH DARIPADA ALIFF DANIAL

Anak-anak yang genius lahir dari kalangan anak-anak yang suka membaca. Mereka membaca buku-buku akademik, dan buku-buku yang mengembangkan daya imaginasi. Daya imaginasi yang tinggi dibantu oleh pembacaan buku-buku yang baik dan bermutu samada dari segi penceritaan dan bahasanya - Aliff Danial