2.09.2011

Muaturun kisah "Putera Faris dan Bandar Warni"



Tuan-tuan yang budiman, kisah Putera Faris dan Bandar Warni mengisahkan cerita seorang putera raja dari Kota Charilin. Namanya Faris.

Kisahnya bermula apabila nendanya, Nenda Mariam menyerahkan segulung surat yang yang dipanggil surat gulung. Surat itu merupakan rahsia-rahsia kejayaannya membina empayar Charilin. Surat Gulung itu sangat dikehendaki oleh Nopi dan Nodi.

Sepeninggalan Nenda Mariam ke Kota Mekah, Nopi dan Nodi merancang untuk merampas istana Charilin. Melalui bantuan Ucin, seekor kucing, Putera Faris berjaya menyelamatkan dirinya dengan melarikan diri ke Bandar Warni, sebuah bandar sembunyi yang tidak pernah diketahui orang keWujudannya.

Putera Faris mengalami pelbagai macam suasana dan keadaan di Bandar Warni. Bacalah ebuku ini untuk mengalami sendiri pengalaman Putera Faris. Adakah dia berjaya mendapatkan semula istananya dan bagaimanakah dia dapat keluar semula dari Bandar Warni? Dapatkan ebuku ini dengan percuma di sini.
Semoga tuan-tuan yang budiman menikmati karya saya ini.

2.08.2011

Muaturun Buku Cerita Haikal Sabri dan Universiti Kota Lama



Tentu tuan-tuan tertanya-tanya, Haikal Sabri itu siapa kan? Haikal ialah anak kepada Profesor Sabri dari Universiti Kota Lama. Profesor Sabri telah hilang dari Universiti Kota Lama dan beliau dipercayai telah mati. Pada saat kehilangannya, dia telah mengirimkan anak kecilnya, Haikal dengan menggunakan pedati masa, iaitu sebuah kenderaan perentas masa kepada sahabatnya. Tetapi, Haikal telah dipelihara dengan kejamnya oleh Puan Maria. Sehinggalah pada suatu hari, pencarian pewaris Profesor Sabri oleh Universiti Kota Lama dijalankan. Bagaimanakah Haikal dapat ditemui sebagai pewaris Profesor Sabri dan mengapakah Universiti Kota Lama sangat memerlukan Haikal? Alamilah sendiri pengalaman dan cerita selanjutnya di dalam cerita saya "Haikal Sabri dan Universiti Kota Lama" .

Tuan-tuan boleh memuaturun ebuku "Haikal Sabri dan Universiti Kota Lama" daripada pautan ini secara percuma. Namun, tuan-tuan mestilah banyak bersabar kerana filefactory mengambil masa 30 saat sebelum menurunkan ebuku ini, sekiranya tuan-tuan bukan pelanggan berbayar kepada filefactory.

Terima kasih kerana memuaturunkan cerita Haikal Sabri dan Misteri Universiti Kota Lama. Semoga tuan-tuan menikmati ceritanya. Sejuta terima kasih.

TERIMA KASIH DARIPADA ALIFF DANIAL

Anak-anak yang genius lahir dari kalangan anak-anak yang suka membaca. Mereka membaca buku-buku akademik, dan buku-buku yang mengembangkan daya imaginasi. Daya imaginasi yang tinggi dibantu oleh pembacaan buku-buku yang baik dan bermutu samada dari segi penceritaan dan bahasanya - Aliff Danial