Beli Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq


Terima kasih kerana membaca sinopsis buku Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq. Nampaknya tuan telah bertemu dengan buku yang sangat tepat sebagai hadiah untuk si cilik kesayangan tuan. Saya percaya ketika kita masih kecil, kita sangat suka menerima hadiah. Sekalipun hadiah itu sangat kecil seperti sekeping pin rambut rama-rama ataupun sebatang pensel dari Langkawi.

Malangnya kita tidak menerima hadiah setiap masa. Hanya ketika waktu-waktu istimewa sahaja kita menerima hadiah. Misalnya, hari-hari istimewa seperti majlis harijadi, ketika hari raya, ketika cuti sekolah, dan ketika kita mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.

Tahukah tuan, seperti yang pernah kita alami, kanak-kanak sangat gembira menerima hadiah. Mereka akan menyimpan hadiah itu, dengan elok, dan selalu mengingatinya, sebagai satu kenangan yang sangat indah. Mereka akan menjaga hadiah itu dengan baik, kerana mereka tahu, hadiah itu diberikan oleh orang yang istimewa, kepada mereka, bersempena dengan hari, dan peristiwa yang sangat istimewa, di dalam hidup mereka. Sehinggakan ada juga yang menyimpannya sehingga mereka menjadi seorang dewasa.

Tuan, begitulah ajaibnya hadiah buat seorang kanak-kanak. Sehingga ke hari ini, saya masih ingat lagi semua hadiah-hadiah yang telah saya terima sewaktu saya masih kecil. Mungkin ada di antara hadiah itu telah hilang dari dunia ini, tetapi di dalam memori saya, detik itu kekal terakam dengan indah bagaikan semalam sahaja saya menerima hadiah itu. Saya percaya tuan juga begitu.

Tuan, mahukah kalau saya anjurkan kepada tuan untuk memberikan satu hadiah yang istimewa buat si cilik yang tuan sayang? Hadiah ini tentu sekali amat bermakna buat mereka dan saya pasti mereka tentu sangat gembira menerimanya daripada tuan. Hadiah itu ialah sebuah buku yang telah saya karang dengan rasa percaya bahawa dunia kanak-kanak adalah sangat istimewa.

Tuan tentu tertanya-tanya bagaimanakah rupa buku yang sangat istimewa ini. Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq ialah sebuah buku yang diselang-selikan dengan ilustrasi warna-warni dan sangat sesuai untuk si cilik yang berumur 7-12 tahun. Ianya dapat mencungkil minat si cilik tuan untuk belajar cara-cara bermain bolasepak dengan mudah dan seronok. Tuan boleh mendapatkannya sebagai hadiah istimewa buat si cilik tuan secara online di BookCafe PTS.


Anak-anak yang membeli buku Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq juga membeli buku Putera Fariri dan Buku Resepi Ajaib!


Tuan yang mulia, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan teruskan membaca artikel-artikel lain yang ada di sini. Sekiranya tuan hendak bersembang dengan lebih lanjut dengan saya, tuan bolehlah menghubungi saya di emel formula24hours@gmail.com.

Tuan yang budiman, ingat ya, setiap kanak-kanak ada ceritanya.

Yang benar,
Aliff Danial

TERIMA KASIH DARIPADA ALIFF DANIAL

Anak-anak yang genius lahir dari kalangan anak-anak yang suka membaca. Mereka membaca buku-buku akademik, dan buku-buku yang mengembangkan daya imaginasi. Daya imaginasi yang tinggi dibantu oleh pembacaan buku-buku yang baik dan bermutu samada dari segi penceritaan dan bahasanya - Aliff Danial